12 September 2013

New Update






Hai.... Fas kembali lagi.. dengan pelbagai cerita..

Now, blog Fas berwajah baru.. penat taw nak bermain dengan coding2 ni.. Fas bukanya ambil bidang ni so agak bertaktih sikit la..

Fas nk ucap thankz a lot khas untuk Lyssa.. Tutorial yang dia buat banyak membantu Fas.. Walaupun Fas ikut Tutorial si Lyssa ni, Fas sambil2 tu belajar dengan coding2 semua 2..



Dulu Fas xtahu pun langsung megenai coding2 ni.. Dulu Fas xtahu pun apa function benda alah ni </center>.. Sekarang dah tahu dah.. ^_^

Cume..... blog ni masih belum ada header kan... Fas tak panda nak buat header lagi.. Fas tak sempat nak belajar.. Fas dah tempah header kat kawan fas.. Tapi la ni masih tak dapat lagi.. Mungkin kawan Fas tu busy.. agak2 ada tak orang nak buatkan fas header.. ^_^

By the way, thankz to lyssa.. Fas jalan dulu.. tata.. nak belajar buat header pulak.. 

10 September 2013

::Aurat Wanita Yang perlu Di jaga..::

Assalamualaikum..

Salam pembuka bicara di hari yang indah lagi permai..

Today, Fas nak kongsi satu ilmu kepada all reader.. Sesungguhnya ilmu itu untuk dikongsi, bukan untuk disimpan dijadian pekasam.. 

Sesungguhnya aurat ni tidaklah boleh dibawa main2.. Kerana apa? Atas sebab Allah telah berfirman dalam Al-Quran untuk menutup aurat baik lelaki ataupun perempuan.. ^_^

Akan tetapi, zaman sekarang ni, orang ambil endah tak endah ke bab aurat.. katanya tak penting.. Banyak lah kau punya tak penting..!! 

Hari ni Fas nak kongsi ilmu tentang aurat wanita.. Aurat lelaki biarlah orang lain yang post.. haha.. Fas kan wanita, haruslah bersembang mengenai wanita..

  • BULU KENING :: Haram ye hukumnya bagi seorang wanita yang menipiskan atau mencukur bulu kening ataupun meminta dicukur atau dinipiskan.. Nak tahu kenapa?? Sebab, mencukur atau menipiskan bulu kening termasuk dalam mengubah ciptaan Allah.. Dosa tau ubah2 ciptaan Allah ni.. Allah tak redho.. mintak untuk cukur atau menipiskan pun dah haram, ni kan pula yng mencukur dan menipiskan betul2..
  • KAKI :: Kaki kita pun aurat jugak tau.. makanya kene la pakai stokin.. Tak mau tunjuk2 kat orang.. malu... Banyak tau kelebihan pakai stokin ni, antaranya kaki tak hitam akibat cahaya matahari, dan kaki lebih halus dan lembab.. kalau tak pakai stoin, kaki hitam terbakar and kering.. ^_^ indahkan islam... Ha!! Lagi 1, janganlah nak menunjuk yang kita ni pakai gelang kaki lagi2 yang berloceng.. Saje nak tarik perhatian la tu... kalau pakai sorok dalam stokin, tak payah nak keluarkan.. Tahu tak sebab apa tak boleh? sebab sama seperti pelacur dizaman jahiliyah.. Agak2 tak nak disamakan janganlah nak pakai yang ada loceng2 bagai..
  • WANGIAN :: Apabila seorang wanita memakai wangian, kemudian melewati sekumpulan kaum supaya mereka mencium bau wangian tersebut, maka wanita tersebut telah dianggap berzina.. ha! jangan nak sembur badan u alls tu dengan satu tong minyak wangi..
  • DADA :: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada mereka" (Surah an-Nur ayat 31) Tapikan, jangan pulak tudung bahagian depan menutupi dada tapi bahagian belakang cukup sekadar tutup leher.. jangan3..Lagi satu, kalau korang2 nak pakai tudung bawal ke ape ke. make sure tak jarang ye.. kalau tudung tu jarang korang pakai la inner tudung yang tutup leher.. kalau korang pakai tudung labuh2 pun tapi jarang dan nampak leher, tak guna jugak.. leherkan aurat jugak..
  • GIGI :: Allah melaknat orang2 yang menjarangkan gigi untuk kecantikan.. Kerana apa. menjarangkan gigi untuk kecanikan adalah termasuk dalam mengubah ciptaan Allah.. Mengubah ciptaan Allah kan Dosa..
  • MUKA DAN LEHER :: Jangan nak tunjuk yang korang tu pakai rantai.. Contohnya, korang pakai tudung tapi kotang pakai rantai yan panjang dan korang keluarkan pulak tu rantai koramg tu.. tak boleh ye.. Atas sebab menyerupai perempuan jahiliyah dahulu.. Lagi pun kalau korang keluarkan rantai dan rantai tu betul2 la panjanngnye sampai dada korang tu dan para2 lelaki melihat, so, bukan lihat rantai tapi dada korang tu.. Tak malu ke nak tunjuk2 kat orang.. ^_^ Tang leher pulak, jangan la pakai tudung yang macam skarf je.. leher nampak.. Just tutup rambut.. sedangkan leher tu aurat jugak.. sebab sama macam orang jahliyah..
  • MUKA DAN TANGAN :: " Asma bertemu Rasulullah dengan memakai pakaian nipis, Sabda Rasulullah S.A.W: Wahai asma! Sesungguhnya seorang gadis yangtelah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan keuali pergelangan tangan dan muka"..
  • TANGAN :: Sesungguhnya menyentuh babi itu lebih baik daripada menyentuh tangan lelaki yang tidak halal baginya.. Kalau sentuh babi boleh samak, tapi kalau sentuh lelaki yang tidak halal, kena bertaubat dengan Allah..
  • MATA :: Jagalah pandangan.. tundukkan pandangan.. Makna tundukkan pandangan ni, bukan masa jalan kita tunduk nanti tak pasal2 langgar tiang.. haha.. Maksudnya, janganla pandang2 perkara yag boleh tambahkan dosa.. Melalui Mata juga boleh mendekatkan kita dengan zina..
  • MULUT (SUARA) :: Sesungguhnya suara wanita juga aurat.. maka, janganlah terjerit2.. Ataupun, berbicara dengan lelaki menggunakan suara yang lunak sehingga boleh menggegarkan iman seorang lelaki.. Jangan3.. dengan suara pun boleh menjerumuskan kita ke kancah zina..
  • KEMALUAN :: Maksudnya, jagalah kehormatan diri.. Harga diri seorang wanita itu mahal.. Jangan meletakkan maruah kita ditempat yang paling rendah aka tetapi, letak ditempat yang paling atas.. Yang ni korang fahamlah dengan perkataan menjaga kehormatan diri..
  • PAKAIAN :: Hendaklah memakai pakaian yang labuh yang tidak menampakkan tubuh badan, dan janganlah memakai pakaian hanya sekadar sarung seperti sarung nangka, ataupun berpakian nipis sehingga nampa segala isi di dalamnya.. Jangan ingat sekadar pakai baju tapi ketat tu dah tutup aurat.. belum ye kawan2.. Pakaian seperti itu di istilahkan berbaju tapi telanjang.. Kerana menampakkan segala susuk tubuh..
  • RAMBUT :: Haruslah diketahui bahawasanya rambut itu aurat.. Haram hukumnya mendedahkannya.. Haram maklum.. 

Segala yang baik datang dari Allah, dan segala yang buruk datang dari diri Fas sendiri